Disediakan oleh AESTHETIC PUBLIC AWARENESS CAMPAIGN (APAC) JOINT COMMITTEE
Amalan estetik kian tumbuh seperti cendawan di negara kita dan ramai cenderung untuk mendapatkan tawaran paling murah.
Malangnya, terdapat banyak rawatan yang berakhir dengan komplikasi yang menyebabkan kecacatan bahkan kematian di bawah tangan doktor palsu.
Bagaimana anda boleh tahu sama ada premis estetik yang anda pergi berlesen dan selamat?
Adakah anda tahu bahawa sesetengah rawatan kecantikan yang anda dapatkan itu adalah di bawah akta alat perubatan, oleh itu hanya boleh ditawarkan oleh doktor perubatan berlesen dan berkelayakan?
Mari kita sama – sama baca 5 Mitos Kecantikan Mengenai Amalan Estetik.
Dapatkan maklumat lanjut di www.msprs.org.my
Maklumat pembedahan plastik, rekonstruktif dan estetik yang bermanfaat untuk anda oleh pakar bedah plastik Malaysia.
Untuk mengenal pasti sama ada doktor anda itu adalah bukan doktor palsu, anda boleh melakukan pemeriksaan pantas di sini di laman web Majlis Perubatan Malaysia di
https://meritsmmc.moh.gov.my/search
Untuk mencari pakar bedah plastik yang diperakui kebangsaan, lihat pautan ini.
https://www.nsr.org.my/
Senarai doktor dengan LCP boleh didapati di:
https://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2118
Senarai klinik swasta disenaraikan di pautan ini:
http://medicalprac.moh.gov.my/v2/modules/mastop_publish/…
Kekal cantik.
Kekal selamat.